News Archive: June 2021

SIARAN MEDIA: TARIKH SEPAK MULA PIALA PRESIDEN, PIALA BELIA & MPFL 2021 TERPAKSA DIANJAKKAN

2021-06-28

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa tarikh mula pertandingan Piala Presiden, Piala Belia dan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) bagi musim 2021 kini terpaksa dianjakkan ke satu tarikh yang baharu iaitu paling awal pada September 2021.

KENYATAAN PRESIDEN FAM BERHUBUNG SKUAD HARIMAU MALAYA

2021-06-18

Pertama, saya menjunjung kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan mengambil maklum tentang cadangan yang telah dikemukakan baginda selaku mantan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung skuad kebangsaan, Harimau Malaya, tempoh hari.

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/PIALA ASIA 2023: THAILAND 0-1 MALAYSIA

2021-06-16

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe bangkit daripada dua kekalahan berturut kepada UAE dan Vietnam dengan berjaya menewaskan Thailand 1-0 pada perlawanan kelapan/terakhir Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, malam tadi.

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/PIALA ASIA 2023: MALAYSIA 1-2 VIETNAM

2021-06-12

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe tewas 2-1 kepada Vietnam pada perlawanan ketujuh Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, malam tadi.

Kekalahan kedua berturut pada saingan yang dilangsungkan secara venue berpusat di Dubai ekoran pandemik COVID-19 selepas tewas 4-0 kepada UAE, 3 Jun lalu telah menyaksikan peluang skuad Harimau Malaya untuk mara ke Pusingan 3, Kelayakan Piala Dunia 2022 sudah pun tertutup.

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/PIALA ASIA 2023: UAE 4-0 MALAYSIA

2021-06-04

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe gagal meneruskan rentak kemenangan ketika Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kembali bersambung selepas tertangguh setahun setengah akibat COVID-19 apabila tewas kepada UAE 4-0 pada perlawanan keenam Kumpulan G di Stadium Zabeel, Dubai, malam tadi.

PENGADIL MALAYSIA KENDALI KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/PIALA ASIA 2023 DI KUWAIT & UAE SERTA PERLAWANAN ANTARABANGSA DI JEPUN

02.06.2021

Kebolehan pegawai perlawanan dari Malaysia terus mendapat perhatian dunia apabila tiga pengadil kebangsaan telah dipilih oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk bertugas sepanjang Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai sementara seorang lagi telah dipilih oleh Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) untuk mengendali tiga perlawanan anjurannya. 

DION COOLS KINI MILIK HARIMAU MALAYA

 

01.06.2021

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini secara rasmi telah memperkenalkan pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya bagi menghadapi baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, UAE dari 3 hingga 15 Jun 2021.